Translate

Thursday, April 17, 2014

ZIZAN RAZAK MAHU MENGIKUT JEJAK LANGKAH EMMA MAEMBONG??

Pelakon dan pelawak, Zizan Razak bakal mengikut jejak langkah kekasihnya Emma Maembong untuk keluar dari syarikat pengurusannya.

Menurut Zizan, perkara tersebut masih lagi berada dalam perbincangan dan ia merupakan sebagai langkah pertama untuk bergerak sendiri sebelum mendirikan rumah tangga.

"Buat masa sekarang hal ini masih lagi dalam perbincangan.  Ia adalah sebagai langkah permulaan untuk saya bergerak sendiri sebelum mendirikan rumah tangga.

"Selepas berkahwin pastinya akan ada tanggungjawab baru.  Kalau bukan sekarang, bila lagi saya nak mula untuk bergerak sendiri," ujar Zizan seperti yang dilaporkan Media Hiburan Online.

Selain itu, Zizan juga menafikan dakwaan yang mengatakan dia bergaduh dengan pengurusnya sehingga memaksa dia mengundur diri.

"Kami tak gaduh.  Cuma saya yakin yang saya boleh menguruskan kerjaya sendiri selepas ini.

"Tentang status saya dengan syarikat itu, semuanya masih dalam perbincangan.  Sama ada saya ambil syarikat itu atau serahkan kepadanya."

Syarikat Wire Fame merupakan hasil perkongsian bersama pengurusnya iaitu Marina Juki



No comments:

Post a Comment