Tips Bijak Berbelanja Dan Cara Mudah untuk Menabung | Aktiviti membeli-belah memang menyeronokkan. Apatah lagi apabila kita mempunyai wang yang banyak yang membolehkan kita membeli apa-apa sahaja barangan dan perkhidmatan yang disukai.
Artikel kali ini dari permintaan @baby_khair yang tweet kepada @selepasnikah inginkan artikel Bijak Berbelanja, jadi penulis sediakan artikel ini.
Kita perlu mempunyai langkah bijak berbelanja dan cara mudah untuk menabung supaya duit yang kita ada tidak dihabiskan dengan begitu mudah. Sesetengah orang menjadikan aktiviti membeli-belah sebagai aktiviti wajib yang mesti dilakukan sebaik sahaja menerima upah atau gaji pada setiap bulan.
Kunci kepada pengurusan kewangan yang berjaya adalah menyediakan pelan yang ditulis, seterusnya diikuti.
Tips Bijak Berbelanja Dan Cara Mudah Untuk Menabung
Pelan perancangan kewangan yang ditulis adalah berkesan kerana apabila anda melihat apa yang ditulis, ia mengingatkan anda mengenai tindakan yang perlu diambil bagi mencapai matlamat ditetapkan.
Pelan perancangan kewangan boleh dibangunkan menerusi pendekatan berikut:
Tetapkan matlamat anda.
Langkah pertama dalam pelan perancangan kewangan adalah dengan menetapkan matlamat kewangan seperti untuk membeli rumah, tujuan pendidikan anak atau keperluan selepas bersara.
Matlamat perancangan kewangan yang baik perlu dibuat secara lebih khusus, boleh diukur tahap pencapaiannya dan terikat kepada satu tempoh masa.
Matlamat itu mungkin boleh diubah mengikut keadaan, tetapi ia seharusnya menjadi faktor penggalak dan motivasi untuk meneruskan bajet dan perancangan kewangan.
Tahu ke mana wang anda dibelanjakan.
Langkah seterusnya adalah melihat corak atau tabiat perbelanjaan. Tulis setiap butiran perbelanjaan yang dibuat untuk sesuatu jangka masa, contohnya perbelanjaan dalam tempoh dua bulan.
Jika mendapati anda berbelanja lebih daripada pendapatan, anda perlu menimbang untuk mengurangkan perbelanjaan ke atas barangan mewah atau perkara yang tidak perlu.
Apabila anda tahu ke mana wang itu mengalir, anda boleh mula membuat bajet dan mula menyimpan ke arah mencapai matlamat kewangan anda.
Peruntukan perbelanjaan akan bergantung kepada beberapa faktor seperti usia, pendapatan, tempoh masa dan corak perbelanjaan.
Bagaimanapun anda seharusnya menyediakan sejumlah wang atau simpanan bagi tujuan kegunaan di masa kecemasan seperti jatuh sakit atau dibuang kerja.
Jumlah simpanan bagi tujuan kecemasan ini perlu menyamai jumlah perbelanjaan anda untuk tempoh kira-kira enam bulan.
Menilai dan menyemak semula.
Langkah terakhir dalam menentukan kejayaan sesuatu perancangan kewangan adalah dengan menilai dan menyemak semula pelan itu secara kerap.
Perancangan kewangan mungkin berubah apabila keperluan kita berubah apabila semakin menghampiri matlamat.
Jika anda mendapati agak sukar mencapai matlamat mengikut tempoh masa yang ditetapkan, anda mungkin perlu menilai semula atau mengubah suai tabiat perbelanjaan, atau menimbang menukar matlamat perancangan kewangan kepada yang lebih realistik.
Cara Mudah Untuk Menabung
Menabung adalah antara cara mudah mendidik anak tentang kewangan. Belikan tabung untuk mereka dan mulakan menabung bersama-sama mereka.
Berikut penulis kongsikan video berkaitan 5 Cara Mudah untuk Menabung . Mesej yang mudah difahami dan amat sesuai untuk ditonton bersama anak-anak.
- Menetapkan matlamat S.M.A.R.T
- My Money Plan
- Membuat Bajet
- Bezakan keperluan atau kemahuan
10 Tabiat Mudah Menabung
sepuluh tabiat mudah menabung. Diharapkan tips ini memberi kita idea bagaimana menjadi pengguna yang bijak melalui amalan menabung.- Berhenti merokokKatakan sekotak rokok ialah RM10. Jika seminggu anda menghisap dua kotak rokok, bermakna anda telah jimat RM20 seminggu.
- Bawa bekal makanan ke tempat kerjaSehari RM6, didarab dengan 5 hari bekerja anda sudahpun jimat RM30.
- Cuci kereta sendiriSelain sebagai riadah bersama keluarga, anda dapat menjimatkan caj cuci kereta RM10-RM15 sekali cuci.
- Beriadah di rumahMenjadi tabiat sesetengah orang kita yang berdaftar di gym dan kelab kesihatan untuk bersenam. Anda boleh beriadah di rumah bersama keluarga sebagai alternatif.
- Bayar bil kad kredit pada masanyaElakkan caj faedah atau denda lewat dengan membayar bil kad kredit pada masanya.
- Ajar anak anda sendiriHabiskan masa berkualiti bersama anak anak dengan menjadi guru tuisyen kepada mereka.
- Lepak di gerai Mamak berbanding restoranUbah gaya hidup dengan melepak di gerai Mamak berbanding ke restoran makanan segera seperti Starbucks, McDonalds atau KFC yang makanannya mahal.
- Kurangkan penggunaan elektrikElakkan pembaziran dengan menghadkan penggunaan penghawa dingin dan matikan alat elektrik yang tidak digunakan.
- Rancang pembelian barangan dapurIkut senarai beli belah untuk elak membeli barangan yang tidak diperlukan
- Bayar bil dengan perbankan InternetGunakan perbankan Internet untuk membayar bil dan anda dapat menjimatkan belanja petrol ke pejabat pos atau TM Point.
Kesimpulannya kita harus membuat anggaran jumlah wang perlu digunakan dan jangan membawa wang tunai yang terlalu banyak. Penggunaan kad kredit juga haruslah dielakkan. Membawa wang yang secukupnya semasa keluar berbelanja sudah tentunya membawa faedah. Jumlah wang yang terhad akan menghadkan diri kita daripada berbelanja secara boros. Oleh sebab itu, penggunaan kad kredit dan amalan membawa wang yang terlalu banyak hendaklah dielakkan.Di samping itu, kita wajar membuat perbandingan harga sesuatu barangan sebelum membelinya. Kadang kala sesebuah kedai itu akan menjual sesuatu barangan dengan harga yang lebih mahal banding kedai lain. Penjual yang tidak jujur selalunya akan menaikkan harga barangan supaya dapat mengaut keuntungan yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, kita juga harus membandingkan kualiti barangan tersebut pasa masa yang sama. Janganlah membeli barangan yang rendah kualitinya semata-mata kerana harganya yang murah. Kita hendaklah bijak membuat perbandingan yang bukan sahaja dari segi harga, tetapi dari segi kualiti.Elakkan membeli barangan yang berjenama kerana barangan tersebut tidak semestinya berkualiti tinggi. Yang pastinya, barangan tersebut mahal. Kebanyakan orang, wanita terutamanya, gemar membeli barangan yang berjenama dan yang diimport dari luar Negara. Antaranya adalah pakaian, kasut dan beg tangan. Mereka sanggup menggunakan jumlah wang yang begitu banyak semata-mata untuk membeli barangan yang berjenama untuk mengejar fesyen.Terdapat pelbagai cara untuk menjadi pengguna yang bijak. Kita perlu bijak menguruskan kewangan supaya tidak akan menyesal pada masa hadapan. Hal ini dikatakan demikian kerana ada peribahasa yang mengatakan bahawa sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.Artikel HarianIslam.com- sekadaar perkongsian maklumat bersama
- winx_winx
No comments:
Post a Comment