Translate

Monday, April 7, 2014

MH 370 : MAS

KAPAL OCEAN SHIELD KESAN
ISYARAT KONSISTEN DENGAN
ISYARAT KOTAK HITAM

Kuala Lumpur : kapal tentera laut Australia Ocean Shield telah mengesan dua isyarat yang dikatakan sangat konsisten dengan isyarat yang dikeluarkan oleh kotak hitam pesawat.

-Ketua pusat penyelaras agensi bersama (JACC) Angus Houston berkata isyarat 'ping' pertama bertahan selama  dua jam dua puluh minit,sementara yang kedua hanya bertahan selama dua puluh minit sahaja.

-Houston berkata lagi dua isyarat berasingan di kesan sekitar kawasan utara di lokasi pencarian di mana penerbangan pesawat tersebut di percayai telah berakhir.

-Isyarat yang dikesan juga sangat konsisten dengan transmisi daripada kedua-dua data perakam penerbangan dan perakam suara kokpit.malah infomasi yang memberangsangkan selama 24jam yang lalu ini sangat penting,katanya dalam satu sidang media di Perth Australia hari ini.

-Beliau menambah bukti-bukti yang mereka perolehi sehingga kini adalah sangat positif dan diharapkan mampu menghasilkan penemuan yang dapat di rungkaikan kehilangan pesawat MH370 ini.

-biro keselamatan pengangkutan Australia akan meneruskan penerokaan terhadap lokasi dimana penerbangan pesawat itu berakhir berdasarkan analisis teknikal dan komunikasi satelit dan pesawat peninjau selaras dengan kerjasama daripada pasukan penyiasat nahas pesawat yang terdiri daripada penganalisis dari malaysia,Amarika Syarikat,United Kingdom,China dan Australia.


No comments:

Post a Comment