Translate

Wednesday, April 23, 2014

ISTERI BEEGO SELAMAT BERSALIN, NAMAKAN ANAK 'JELITA CLARISSA'

Jika anda tonton program realiti Romantika di Astro Ria (104) yang menyingkap kehidupan pasangan selebriti di sebalik dunia glamor, pasti tidak terlepas untuk menonton pasangan bahagia aktor Beego danserta isteri juga seorang aktres Linda Hashim.
Terbaru, isteri kepada Beego atau nama sebenarnya Mohd Aszerul Nizam Abdullah selamat melahirkan bayi perempuan 2.62 kilogram pada jam 12.20 pagi Rabu.
Menurut Beego,34, isterinya kini berada di Hospital Pakar KPJ Tawakkal  bersalin secara normal dan kini berada dalam keadaan baik.
“Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan bayi kami dengan selamat awal pagi tadi dan semuanya berada dalam keadaan baik,” jelasnya seperti dipetik mStar Online.
Sementara itu, Beego dan isteri telah berbincang dan bersetuju memberi nama Jelita Clarissa kepada bayi perempuan mereka yang bermaksud ‘Jelita Yang Jelas’.


Jelita Clarissa
Beego dan Linda diijabkabulkan pada 8 Jun 2013 selepas dua tahun menjalinkan hubungan cinta.
Jutaan tahniah kami ucapkan buat Beego dan Linda yang kini sudah pun memegang tanggungjawab sebagai ibu dan bapa! 
sekadar perkongsian bersama 
winx_winx

No comments:

Post a Comment