Translate

Wednesday, April 9, 2014

DILEMA PRASANGKA (Chapter 2)

DILEMA PRASANGKA : Chapter 2

     Tanggg! tanggggg!! bunyi bising kedengaran dari arah dapur, Ina dengan sengaja menjatuhkan periuk yang sedia ada di dapur, Hafiz yang terkejut dan berasa panik segera menuju ke dapur. 'Ina! apa yang Ina buat ni? dengan nada yang sedikit marah, dengan pantas Ina menjawab' abang! abang tau tak? ina terima lamaran abang kerana Ina tak mahu hidup susah lagi! kalau ina tahu macam ni jadinya, lebih baik ina kawin dengan ayah abang je! dengan nada yang tenging sambil mencebik muka ke arah suaminya. Hafiz mulai diam seribu bahasa lalu dengan perasaan yang sedih melangkahkan kaki menuju ke ruang tamu, tanpa di sedari bergelinang air mata membasahi pipi, Hafiz memikirkan nasibnya yang begitu sedih,dengan gajinya yang kecil hanya mampu mencukupi keperluan harian mereka.

     Beberapa minit kemudian, Ina yang mula menyedari kesalahan cuba menghampiri Hafiz, tangannya yang lembut gebu menyentuh dan mengusap pipi lalu menghapuskan air mata suaminya sambil berkata' abang maafkan ina' dengan nada serba salah lantas suaminya membalas dengan nada yang teresak-esak' Ina sebagai isteri sepatutnya patuh dan hormat kepada suami, mahupun miskin ataupun kaya, kata sudah pun sah menjadi suami isteri. Sebagai seorang suami Hafiz tidak pernah mempertikaikan Ina, dia hanya ingin memperkekalkan hubungan. Dengan sedikit muka bersalah Ina berkata 'maafkan Ina'.

     Beberapa hari kemudian, kedatangan keluarga Hafiz dari kampung mengejutkan mereka, 'Eh' mak ayah kenapa datang tak bagi tahu awal-awal? kata Hafiz. Ayahnya membalas 'kami tak nak menyusahkan kalian, kami datang pun cuma nak tengok menantu ayah yang cantik ni'. Ina yang merasa bangga lalu tersenyum lebar. Hafiz melihat perubahan Ina lalu mengusik 'banggalah tu!' dengan pantas Ina mnjawab' eh! mana ada! pepandai je abang ni!. Mereka bepelukan sambil memasuki rumah. Sekadar duduk beralaskan tikar mengkuang sudah mencukupi bagi mereka, tapi sebagai seorang ayah merasa kasihan melihat kekosongan rumah anak mereka, Ayah dan ibu Hafiz berencana ingin mmbelikan sedikit sebanyak perabut untuk kediaman tanpa pengetahuan mereka, dengan rasa simpati ayah Hafiz mengajak mereka keluar dengan alasan mahu berjalan. Ina dan Hafiz langsung tidak menolak dengan pelawaan mereka lalu mereka terus menuju ke bilik untuk menyiapkan diri masing-masing. Di dalam perjalanan Hafiz mulai curiga dengan sikap ibu dan ayahnya yang berbisik-bisik tanpa henti lalu Hafiz bertanya' apa yang dibisikkan tu?' dengan nada yang panik ayahnya menjawab' Hafiz berhenti di sini kejap' tanpa membantah Hafiz memberhentikan kereta di tepi jalan pesta Muar berhadapan dengan Econsave. Setelah berhenti Hafiz bertanya dengan sedikit keraguaan' kenapa berhenti?' lalu di jawab oleh ibunya' ibu nak singah kedai perabut berhadapan dengan Econsave'. Di sambut oleh ina 'kenapa mak?? di pintas oleh ayahnya' ala jomla ada sedikit barang yang kami ingin beli'. Tanpa berkata mereka turuti saja kemahuan mereka.

     Setelah beberapa minit di dalam kedai, bepusing-pusing melihat bentuk sofa dan perabut yang lain, ayah bertanya kepada mereka 'set sofa ni cantik?' sambil merenung tajam ke arah mereka, dengan pantas Ina menjawab'cantik' lalu di pegang tangan oleh suaminya, Ibunya menyampuk lalu berbicara kami mahu kalian pilih mana yang kamu suka, kami belikan anggap ini hadiah perkawinan kamu daripada kami. Dengan gembira Ina berlari dan menelik dan memilih tanpa rasa malu, suaminya pula diam kaku seribu bahasa cuma memerhatikan karenah Ina dari jauh, setelah penat akhirnya Ina memilih satu set sofa berwarna hitam, dan satu set bilik tidur berwarna merah. setelah selesai pemilihan mereka singgah makan di perhentian bas pagoh, di situ sangat terkenal dengan nasi ayam, mee bandung muar, bubur ayam dan air jagung yang sangat sedap.

     Keesokkan harinya, barangan yang di tempah telah dihantar ke rumah, Ina yang terasa teruja menjadi tidak senang duduk seperti orang jakun, tanpa disedari dia telah di perhatikan oleh kedua mertuanya. Ibu mertuanya mula menghampiri lalu berkata' Ina petang ni kami ingin balik kekampung kerana masih banyak urusan disana' Ina menjawab sambil tersenyum sinis' awal mak balik? dudukla sehari dua lagi' ibu mertuanya menjawab' lain kali kami datang lagi ye, ayah mu banyak kerja di kampung' ina membalas 'baiklah ibu'. tanpa berbalas bicara mereka menuju ke bilik dan mula mengemas pakaian mereka.

     Ting..tinggg jam menunjukkan pukul lima, ha? sudah pukul lima? jom cepat angkat beg, kata ibu mertuanya kepada suaminya. 'Ina! Hafiz! sambil memangil mereka, 'ibu pulang dulu, ada masa ibu datang lagi,ibu tak boleh lambat sebab ibu ada janji dengan orang kampung' kata ibu yg agak kabut, Ina berbalas'baik bu sampai kampung bagitahu ye?'. lalu Hafiz menyelit lalu mengucapkan terima kasih kepada orang tuanya kerana memberikan keselesaaan kepadanya.

     Angin malam bertiup sempoi bahasa, medinginkan lagi kehangatan malam Ina yang sesudah mandi memangil manja suaminya, lalu suaminya menghampiri sambil bertanya' kenapa yang?' ina menjawab dengan manja 'sudah sebulan kita berkahwin abang tak ingin ada anak ke? dengan nada bersalah Hafiz menjawab' nak tapi bukan sekarang, kewangan kita belum mencukupi setakat ni hanya mampu mencukupi keperluan harian kita je'. dengan nada berang Ina menjawab' ok fine!tidur luar! Hafiz dengar rasa bersalah memujuk isterinya, lalu memberikan keinginannya ingin memiliki seorang anak.

No comments:

Post a Comment