Translate

Wednesday, April 9, 2014

DILEMA PRASANGKA (Chapter 1)

DILEMA PRASANGKA : Chapter 1

      Brumm,brumm dari jauh sudah kedengaran bunyi kereta yang di naiki oleh sebuah keluarga, berusaha memasuki lorong yang kecil dan berlecak, keadaan yang terlalu bising sehingga di dengari oleh penghuni rumah berdekatan yang sedang menyapu halaman bernama Ina. Eh!siapa pula datang pagi-pagi ni? kereta toyota pula, kenapa masuk jalan sempit?
      Ah biarlah kata Ina berbicara sendiri, Ina mempedulikannya dan terus menyambung menyapu halaman. ktakk ktakk kedengaran bunyi kasut menghampiri dan di susuli suara yang lembut 'assalammualaikum' dengan pantas ina berbalas salam 'walaikumussalam' lama juga mereka memerhatikan ina,dengan wajah yang diciptakan semula jadi cantik membuatkan ramai lelaki tergoda'anak betulkah ini rumahnya En.Nazri? dengan pantas ina menjawab' ye inilah rumahnya dan saya anaknya Ina,kalian ni siapa yer? lalu orang itu menjawab' makcik ni makcik kamu nak sepupu dengan ayah kamu, ini pula suami makcik dan ini anak makcik Hafiz, Ina berkata maaf ye ina tak kenal sedara, maklumlah keluarga Ina tak pernah balik ke kampung, jemputlah masuk ujar Ina.

      Mereka memasuki rumah Ina yang usang lagi naif, sangat jelas kelihatan kenaifan mereka, lalu Ina menemukan mereka dengan kedua orang tuanya. 'Mak ayah ada tetamu datang ni', kata Ina sambil menuju ke dapur untuk membuat air, setelah beberapa minit berbual keluarlah hasrat sebenar dengan kedatangan mereka,berpuluh-puluh tahun lamanya tidak berjumpa, akhirnya kedua orang tuanya berhajat menyatukan anak mereka untuk mengeratkan lagi sillaturrahim, sedang sibuk di dapur membancuh minuman dan memotong kuih, dengan rumah terlalu daif perbualan mereka di dengari oleh ina, Ina tersenyum sambil berbisik dalam hati' lepas ni aku jadi orang kaya!' harap-harap orang tuaku terima pinangan itu. Tanpa usul periksa, tanpa bertanya dan berkenalan Ina setuju menjadi isteri kepada Hafiz. Setelah di setujui oleh kedua pihak, mereka telah mencadangkan dan memilih tarih yang sesuai, memilih satu tarikh untuk meraihkan tiga majlis, iaitu bertunang, nikah dan sanding.

     'Pang pang dum dum 'dari jauh sudah kedengaran bertalu-talu bunyian kompang, datanglah sepasang pengantin yang baru sahaja sah di ijab kabulkan,berkahwin bukan kehendak dan dasar pilihan kerana ingin kemewahan dan tanpa berfikir panjang Ina dengan hati yang terbuka terus menerima lamaran Hafiz, di hari persandingan Ina memakai pakaian tenun songket yang berwarna merah terang dan di hiasi batu permata di leher dan tangan di tambah lagi perhiasan mahkota di kepala menyerikan lagi gaya si pemakai. Surrrr surrr angin kencang petanda ingin hujan, kedengaran suara yang samar bagai di tiup angin bayu 'Sudahlah cantik kawin dengan orang kaya pulak tu' kata-kata tetamu yang menghadiri kenduri tersebut. Ina merasa bangga lalu tersenyum sinis melihat gelagat orang kampng.

    Sehari selepas kawin, Ina berpindah mengikut suaminya berpindah ke Parit zin Bakri sewaktu dalam perjalanan untuk menghuni rumah barunya Hafiz mengajak isterinya berborak sambil ingin mengenali antra satu sama lain, dengan nada yang manja Hafiz memulakan bicara' Ina abang ni seorang tentera abang harap Ina paham dan sanggup susah senang bersama abang ye? sikap pemalu Ina berubah menjadi garau dengan nada terkejut Ina menjawab' tentera??Ina ingat abang kerja berhampiran rumah mak ayah abang, Hafiz membalas dengan nada yang tenang 'Ina abang ni lelaki sampai bila nak duduk bawah ketiak mak ayah?, bersambung balik dengan suara yang manja Inaaaaa lepas ni kita balik kampung naik bas taw ye sebbab kereta ni ayah abang punya, abang cuma pinjam je. Muka Ina yang masih lagi terkejut berubah menjadi geram, sambil menjeling tajam ke arah suaminya Ina berbicara sendiri ' menyesal aku!!' Ina terus memuncungkan mulutnya sehinga tiba di rumah, Hafiz menjadi diam seribu bahasa melihat karenah isterinya.

    Setelah tiba di hadapan rumah Ina bergegas berlari untuk membuka pintu, krikk krikk bunyi pintu kayu yang hampir usang, alangkan terkejut rumah yang diidam-idamkan berubah menjadi seperti rumahnya, usang dan langsung tiada perabut dan perhiasan, tido hanya sekadar beralaskan toto. Dengan nada biasa Hafiz berkata ' Ina sementara waktu kita duduk di sini sampai abang dapat kuartes ye? dengan nada sedih Ina membalas 'ye abang'.

No comments:

Post a Comment