Translate

Thursday, April 24, 2014

ANAK BENIH CILI PADI KAMPUNG DAN BARA UNTUK DIJUAL

Cili api centil@Bara merupakan sejenis cili api seperti cili api kampong yang disyorkan untuk ditanam dalam sistem fertigasi. Jangka masa memetik hasil selama lingkungan 5 - 6 bulan. Penggunaan baja foliar dapat membantu meningkatkan pengeluaran hasil dan boleh mengelakkan kejadian penyakit daun kerinting.
Ia sangat sesuai untuk tanaman secara fertigasi. Selain daripada pertumbuhan yang uniform, pembajaan dan kawalan serangga perosak serta penyakit boleh dikawal dengan lebih mudah. Larutan baja boleh di selaraskan dengan penggunaan bahan kimia yang membantu kawalan penyakit dan perosak. Kos memetik hasil perlu diambil kira dam melaksanakan penanam cili api centil. Pokok akan tetap berhasil tinggi selagi bunga di keluarkan dan pokok dijaga dari serangan kerinting. Beberapa petua menanam cili padi adalah seperti 'jangan merokok di kawasan cili padi' dan 'elakkan menggunakan baja tahi ayam untuk cili padi'. Selain itu media tanaman yang sesuai perlu dipilih selain daripada 'cocoa peat' sedia ada dipasaran.

SN Creative Enterprise yang kini telah berpengalaman selama 1 tahun 4 bulan dalam bidang pertanian menggunakan sistem fertigasi menawarkan perkhidmatan nasihat dan juga jualan peralatan fertigasi termasuklah anak-anak benih pokok cili termasuklah daripada jenis cili 469, cili 568, cili padi kampung, cili padi centil@bara, rock melon dan timun kepada para pelanggan yang berminat mencuba sistem pertanian fertigasi. Selain daripada anak benih, anak pokok yang telah berusia sebulan ke tiga bulan juga ada dijual mengikut tempahan awal pihak pelanggan. Di bawah ada beberapa contoh gambar anak-anak benih yang telah disemai dan contoh buah cili bara.






Sebarang tempahan atau pertanyaan yang berkaitan boleh lah lawati laman facebook di alamat : Facebook SN Creative Enterprise

Tolong Sebarkan kepada yang lain yang berminat.
sekadar perkongsian bersama
winx_winx

No comments:

Post a Comment